Tuesday 31 May 2011

Konsep Pembelajaran

"Alhamdulillah....

 Dalam kesibukan melaksanakan kehidupan seharian...
hampir-hampir terlupa akan kewujudan blog ini dan sekarang
merupakan cuti penggal di mana telah berakhirnya sepenggal
persekolahan dan hanya tinggal sepenggal sahaja lagi untuk berjuang
di sekolah dan seterusnya meninggalkan sekolah. Sedih rasanya nak
tinggalkan guru-guru dan kawan-kawan.

 Matlamat utama persekolan ialah belajar tetapi bukan sekadar
dari segi akademik tetapi pelbagai lagi cabang ilmu yang tidak
akan diperolehi daripada buku teks seperti komunikasi, bersosial,
berdakwah, kemahiran hidup dan bermacam-macam lagi.Semua
perkara ini hanya dapat dipelajari melalui pengalaman individu yang
tercetus daripada daya inkuiri dan pemerhatian serta pemikiran yang
kritikal dan analitik.
"YOU CAN TEACH A LESSON FOR A DAY,
BUT IF YOU TEACH INQUIRY YOU TEACH FOR
A WHOLE LIFE..."dipetik dari Pusat Sumber Sekolah
 Setiap tahun jumlah pelajar yang cemerlang dalam SPM dan PMR
semakin meningkat sehinggakan pelajar yang tidak cemerlang akan
terkial-kial untuk bersaing merebut peluang melanjutkan pelajaran
pusat pengajian tinggi. Persoalannya apakah pelajar-pelajar ini
mampu memenuhi keperluan negara sebagai modal insan yang
kompeten dan kempetitif? Tidak hairanlah ramai pelajar atau graduan
yang kononnya cemerlang tergagap-gagap ketika ditemuduga sehingga
ada yang terkencing.

 Pelajar semakin lupa dan tidak sedar bahawa akademik bukanlah
segala-galanya dalam dunia yang menuntut yang terbaik dalam diri
setiap individu.Pelajar perlu seboleh-bolehnya melengkapkan diri
dengan kemahiran dan pengetahuan yang diperlukan sebagai nilai tambah
dalam menghadapi suasana sebenar kehidupan.Banyakkan memerhati dan
bertafakur dalam setiap peristiwa, proses dan kejadian di alam sekeliling kita.
Ingatlah firman Allah S.W.T....

 “Sesungguhnya tentang kejadian langit dan bumi, dan pertukaran malam dan siang menjadi tanda (kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang berakal. (Al-Imran:190)

No comments:

Post a Comment