Saturday 12 March 2011

Permulaan Yang Baru

Bismillahirrahanirrahim.....


Blog ini akhirnya dapat juga saya wujudkan setelah 
berbulan-bulan merancang untuk melakukannya.
Blog ini merupakan suatu peralihan bagi diri saya
kerana sebelum ni dah ada blog, tetapi blog itu telah 
dipenuhi dengan idea dan artikel merapu dek kerana 
ketidak`mature'an saya ketika itu.


Tujuan utama pengasasan ini hanyalah sebagai wadah
perkongsian ilmu  dan perasaan disamping saya anggap
sebagai jurnal maya agar dapat saya tatapi semula pada
hari akan datang. Tak perlulah nak tulis dalam buku sebab
kalau tulis dalam buku, mesti ada manusia yang suka 
menyibuk dan tidak menghormati privacy orang lain yang
cuba untuk  baca buku tu.Kalau dalam blog, identiti saya
dapat dirahsiakan dan sukar untuk orang mengenali siapakah
saya yang sebenarnya.Kalau orang yang kenal saya dan telah 
membaca blog ini harap dapat dirahsiakan kerana saya belum 
bersedia menghebahkan blog ini kepada kawan-kawan saya. 


Sebagai sebuah perkenalan, saya merupakan seorang remaja
yang sedang melalui proses mujahadah bagi mencari identiti
sebenar saya yang semakin kompleks dan cuba untuk melakukan
sesuatu perubahan kepada yang lebih baik. Tahun ini saya akan 
menduduki ujian SPM yang merupakan penanda aras terhadap
usaha pembelajaran saya selama 5 tahun. Saya juga sedang 
bertungkus-lumus untuk menghabiskan hafazan saya kerana 
saya merupakan pelajar di sebuah sekolah yang mengintegrasikan
pelajaran Sains dan juga al-Quran  bagi melahirkan pelajar muslim 
yang ideal yang akan menjadi pengislah kepada masyarakat yang kian
celaru dengan masalah sosial dan akidah.


Masalah berlaku apabila pelajar di sekolah ini sendiri mempunyai
kecelaruan dalam proses pemikiran dan tindak-tanduk. Ini seperti
sabun yang kita gunakan untuk membersihkan sesuatu tetapi sabun
itu sendiri dicampur dengan bahan yang kotor, sudah tentu bahan yang 
hendak dibersihkan itu akan menjadi lebih kotor. Saya suka menggunakan
analogi untuk menerangkan tentang sesuatu keadaan kerana manusia
akan lebih mudah faham apabila sesuatu perkara itu dikaitkan dengan
perkara yang senang untuk difahami mereka. Sebab itulah saya memilih
Analogi Kehidupan sebagai tajuk blog ini....:p


Diingatkan perkara yang diceritakan di dalam blog ini bukanlah
untuk menunjuk-nunjuk, riak, takabbur, memalukan orang lain dan
sebagainya yang membawa kepada dosa tetapi sebagai perkongsian
ilmu dan untuk berdiskusi kepada pembaca blog ini untuk mencari 
penyelesaian kepada setiap permasalahan yang diajukan. Oleh itu,
amat besarlah harapan saya agar sidang pembaca yang budiman
(kalau wujud) untuk memberi comment, pendapat atau sumbangsaran
bagi memastikan blog ini bukan sebagai wadah untuk syok sendiri. Teruskan 
membaca untuk entri-entri seterusnya...



No comments:

Post a Comment