Alhamdulillah.....Perjuangan yang dahulunya sukar kini semakin mudah dengan kehadiran mereka yang mempunyai fikrah dan matlamat yang sama iaitu tidak lain dan tidak bukan ialah untuk menghidupkan sekolah tercinta ini dengan al-Quran dan as-Sunnah. Sepanjang memegang tampuk jawatan di sekolah ini, sudah bermacam-macam cara yang dicuba untuk mencapai matlamat tetapi kesemuanya boleh dikatakan gagal mencapai objektif. Bukan itu sahaja, sudah pelbagai ujian yang terpaksa kami tempuh dengan kejadian-kejadian yang bisa menghancurkan semangat kami untuk berjuang. Mungkin ini cara Allah untuk menilai sejauh mana keikhlasan kami dalam berjuang.
Sebagai pengenalan, saf kepimpinan di sekolah ini terbahagi kepada dua pecahan iaitu mereka yang terdiri daripada MPP (Majlis Perwakilan Pelajar) dan
Blog ini akhirnya dapat juga saya wujudkan setelah berbulan-bulan merancang untuk melakukannya. Blog ini merupakan suatu peralihan bagi diri saya kerana sebelum ni dah ada blog, tetapi blog itu telah dipenuhi dengan idea dan artikel merapu dek kerana ketidak`mature'an saya ketika itu.
Tujuan utama pengasasan ini hanyalah sebagai wadah perkongsian ilmu dan perasaan disamping saya anggap sebagai jurnal maya agar dapat saya tatapi semula pada hari akan datang. Tak perlulah nak tulis dalam buku sebab kalau tulis dalam buku, mesti ada manusia yang suka menyibuk dan tidak menghormati privacy orang lain yang cuba untuk baca buku tu.Kalau dalam blog, identiti saya dapat dirahsiakan dan sukar untuk orang mengenali siapakah saya yang sebenarnya.Kalau orang yang kenal saya dan telah membaca blog ini harap dapat dirahsiakan kerana saya belum bersedia menghebahkan blog ini kepada kawan-kawan saya.
Sebagai sebuah perkenalan, saya merupakan seorang remaja yang sedang melalui proses mujahadah bagi mencari identiti sebenar saya yang semakin kompleks dan cuba untuk melakukan sesuatu perubahan kepada yang lebih baik. Tahun ini saya akan menduduki ujian SPM yang merupakan penanda aras terhadap usaha pembelajaran saya selama 5 tahun. Saya juga sedang bertungkus-lumus untuk menghabiskan hafazan saya kerana saya merupakan pelajar di sebuah sekolah yang mengintegrasikan pelajaran Sains dan juga al-Quran bagi melahirkan pelajar muslim yang ideal yang akan menjadi pengislah kepada masyarakat yang kian celaru dengan masalah sosial dan akidah.
Masalah berlaku apabila pelajar di sekolah ini sendiri mempunyai kecelaruan dalam proses pemikiran dan tindak-tanduk. Ini seperti sabun yang kita gunakan untuk membersihkan sesuatu tetapi sabun itu sendiri dicampur dengan bahan yang kotor, sudah tentu bahan yang hendak dibersihkan itu akan menjadi lebih kotor. Saya suka menggunakan analogi untuk menerangkan tentang sesuatu keadaan kerana manusia akan lebih mudah faham apabila sesuatu perkara itu dikaitkan dengan perkara yang senang untuk difahami mereka. Sebab itulah saya memilih Analogi Kehidupan sebagai tajuk blog ini....:p
Diingatkan perkara yang diceritakan di dalam blog ini bukanlah untuk menunjuk-nunjuk, riak, takabbur, memalukan orang lain dan sebagainya yang membawa kepada dosa tetapi sebagai perkongsian ilmu dan untuk berdiskusi kepada pembaca blog ini untuk mencari penyelesaian kepada setiap permasalahan yang diajukan. Oleh itu, amat besarlah harapan saya agar sidang pembaca yang budiman (kalau wujud) untuk memberi comment, pendapat atau sumbangsaran bagi memastikan blog ini bukan sebagai wadah untuk syok sendiri. Teruskan membaca untuk entri-entri seterusnya...